Monday, November 14, 2005

[[Sapa yang baik?]]

Image hosted by Photobucket.com



Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.
Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak.

Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamudan menjadi sebahagian daripada hidupkamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi,
jangan terlalusedih...
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Masa akan menentukan segala-galanya.
Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu..
~~ralat itu normal~~

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|10:23 PM|

[[adakah aku bersendiri]]

Image hosted by Photobucket.com



adakah aku bersendiri?

dah tentu tidak...klu sndri jd sapa yg amik gmbr ni kan..
tapi napa aku rasa mcm sndri..mungkin sbb lum terasa mcm ada yg bergetar..
tp getaran tu semakin berdebar2..
adakah aku terlalu mengikut perasaan..?biar la dlu..maC awal..

aku mendiamkan diri selama lbh kurng 3 bulan...tp bkn bermakna aku senyap..rutin harian sentiasa di tepati kekadang membuat rutin tambahan terutamanya ms bulan posa hari tu..hehehe

ko tak bersendiri la..ko ada kawan2 ni ha...ramai lg mbr2 kat cni...lg pun ko kan ada bnyk mbr dr phi,nippon,belgium,smnjung ni,kk,kuching,kningau,ld,twau,twu dan tawau lg..apa yg ko nak risau..
aku nak balik kmpg la........
tiap kali aku tefon akak aku...minta duit..duit..duit raya..
bila tefon mak aku...mak,nak makan ketam masak lemak yg ada inti tepung kelapa kat dlmnya(aku pn tak tau nama resipi tu)..rindu lg..
jarang skali borak ngan ayanda...klu tefon yg pastinya kna ceramah,trus tunduk...tegarnya aku trus jd sebak.aku suka sgt2 rs mcm tu tp jrng skali..ada tu (ndak apa la beraya dlu d tmpt org..nnt thn dpn insyaALLAH bole kita raya sm2)Wuak!!!nak balik..
ha...tu posa ka ndak tu...heheheh(memecah rs sebak tu)posa la bah..kan anak bapak ni...

mungkin sbb aku jarang tefon umah kot..
mak aku slalu ckp..mak dpt rs apa yg aku rs&mak slalu tau mcm mna keadaan aku...
pas ni aku akn slalu tefon umah supaya aku tak rs sndri lg..
bersama keluarga takkan sm walaupun ngan sapa2..
mmmuuaaaahhhhh...for my mom,dad,sister and brothers...and to my 7 babies fruits(ank buah)..

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|7:22 PM|

Thursday, August 11, 2005

[[]]

Menegak warisan insan berwawasan,
Berterusan sasaran kini berkesan,
Penjelmaanku mengancam kedudukanmu,
Megeliru minda individu,
Penglipur lara bergelora bersuara hati dusta,
Membara mara ke arah sandiwara,
Drama poser membuat penyamaran crita,
Gangsta ingatnya megah akhirnya jadi huru-hara,
Puitis senjataku bagaikan keris dakwat menitis.

Dunia ini kitalah pengukir arca alunan mistiknya...

~~ralat itu normal~~

Image hosted by Photobucket.com

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|2:08 AM|

Wednesday, August 10, 2005

[[AKU PUNYA HATI]]

Image hosted by Photobucket.com

Hati itu indah
Kekadang aku bertanya sendiri pada hati , Begitu indah kejadiannya,dari mana asalnya?. Kenapa "benda sekecil" itu boleh menampung semua perasaan. Sedih, sepi, senang, bimbang, gundah, resah, sepi, sendiri, marah, geram, kecewa, tenang, damai, ramai, kalut, takut terkunci mulut, benci, dengki, iri dan sebagainya. Setiap hari ada beraneka perasaan bermaharajalela menakhluki dataran merah itu..
Pernah terdetik dalam hati ini beberapa perasaan serentak menbentak hati ini. Marah, bersangkutan kecewa berpaut resah resah!! menarik senang menyelubungi dataran.. Semua perasaan itu sebagai perencah emosi yang harus kita hargai..
Cuba anda bayangkan,kalau satu hari tu anda cuma ada satu perasaan jer . Contohnya aku berasa senang jer sepanjang hari.... aku rasa, aku tak amik peduli sekeliling aku. Bagaimana plak klu aku rasa sedih jer sepanjang hari, nak bunuh diri?jangan...lum kawin lg wey.... Atau rasa marah memanjang, member pun lari beb...
Tapi ada jer orang yang rasa tak best kalau perasaannya suka berubah-ubah. Dia rasa tak stabil, rasa hidupnya terlalu komplex... Harus diingat, selain ada hati, manusia juga ada otak. Di situlah keseimbangan hidup diatur sedemikian rupa. Komponen perasaan menjadi tools yang absrtak. Saat hati sedang marah, ada otak yang memilih-milih risiko yang boleh terjadi apabila kemarahan kita terlalu kita luapkan. Sehingga, boleh ada antisipasinya.

Adui.......boleh jer bentuk antisipasi ini keliru, dengan adanya semangat,usaha dan dorongan, pasti kita dapat mengelola sesuatu...tepuk dada tanya hati..bincang dgn otak... Bukan setakat berhadapan dengan hati tapi juga melupakan otak... Ataupun mengutamakan hati dan otak menyusul sendiri.. . Berfikir dan berfikir tanpa adanya tindakan,kita tak akan kemana...tu la ada juga manusia yang bertindak sebelum berfikir...


Otak ni masih menyimpan tanda tanya pasal si hati...sebenrnya ko dari unsur apa? Begitu indah,comel dan mampu merasa banyak perasaan yg aku sendiri tak mampu fikirkan...
Hati pun menjawab,setiap unsur dan ciptaan Illahi begitu indah sekali dan mempunya tujuan yang tersendiri.....


~~ralat itu normal~~

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|9:31 AM|

Wednesday, July 27, 2005

[[Apakah itu masa depan?]]

Image hosted by Photobucket.com

Ditanyakan padaku tentang masa depan. Tapi aku berkilan sedikit. Buat apa masa depan dipertanyakan. Itu adalah sebuah ketidakpastian yang cuma boleh kita rancang-rancang saja. Kerana titik tolak yang mesti kita petik adalah, yang seringkali kita lewatkan. Iaitu hari ini.Hari ini mungkin terlalu biasa untuk dipertanyakan. Kerana kita sudah terlalu biasa. Sudah terlalu lazim melewatinya. Justru dari titik ini masa depan yang kita pertanyakan itu akan memberi jawapan.

Tapi mungkin Anda kurang setuju kalau masa depan kukatakan sebagai suatu ketidakpastian. Satu hal yang pasti, memang, hari esok sudah ada di ujung hari ini. Tapi adakah sebatas itu anggapan Anda soal masa depan. Rasanya terlalu remeh. Terlalu picik. Masa depan adalah jauh melampaui jangka waktu yang kita miliki. Untuk itulah maka kita merancang-rancang masa depan. Inilah bukti bahawa masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti. Makanya mesti dirancang, diteliti sedemikian rupa agar hidup kita jadi ada tujuan, ada rumah untuk dikunjungi.Maka jangan lagi tanyakan padaku soal masa depan. Kerana jawabannya ada pada saat kita memandang seberapa penting kita mengelola hari ini, seberapa jelas "rumah" yang mau kita tuju sudah kita canangkan di ujung sana pada hari ini.

Ambil secebis kertas. Lihat, kertas itu kosong, begitu putih, hampa. Demikianlah masa depan. Lalu, di kepala anda sudah terlintas suatu bentuk, yang Anda anggap ideal, Anda anggap sesuai, Anda anggap indah. Lalu Anda curahkan itu semua ke secebis kertas itu.Ingat.... sebuah lukisan, dimulai dari sebuah titik yang menjelma menjadi garis, lalu meluas menjadi bentuk. Lalu, masihkah Anda bertanya padaku soal masa depan?

Tanyakan pada hari ini, apa itu masa depan, maka sang hari ini akan menjawab, "hari besok masih ada kekuatirannya sendiri."

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|4:48 PM|

Thursday, July 14, 2005

[[Lubang dr Tempurung yg Bertingkat2]]

Image hosted by Photobucket.com




Lacture,psm,aku dan yg sewaktu dengannyer...
Tiga kupu2 berada dibawah satu kupu2 besar mewakili aku dgn rakan seangkatan dan supervisor yg memantau dan menyelia kami membuat psm kami..

kenapa bila tiap kali sebut pasal psm aku jd takut?
kenapa perlu takut?
knapa boleh jd tak suka?
ada apa pada psm?
kita tau jawapan tu..tp knpa tak nak jawab?
sbb aku tau aku salah...napa tak betulkan?
baru nk betulkan?

sempat lagi ni kita ada masa 99 hari lg utk present..
napa nk 99 hr bru siap?
ko ader 60 hr jer utk siapkan..
yg lain ko akan habis kan masa ko utk benda2 lain bila ko dpt loan nnt..
ko ckp nk jln2 la..enjoy la..main boling la..shopping la...dll
subjek lain takkan ko nak anak tirikan slps berbini baru dgn cik ptptn
tak fikir ka klu ader masalah dgn pc ker..
hardware ker...
atau dri ko sndri nnt.
mana tau ko sakit..

masa anda cuma tinggal 59 hr..haaa..haa..haa
jaga la ko..

p/s cerita adlh rekaan semata..utk peringatan dri sndri&pembaca yg nk b'ingt ..

Berserak......berserakan......Dia sedang tidur pulas tak terelakkan
Buka...buka... tolong bukakan matanya
Mungkin dia sudah tidur lama tak terrenta
Di lorong dia memulai kehidupan baru
Bersandar agar terlihat sepertinya lugu
Mengangkatkan tangan mungkin ada yang membantu
Walaupun hanya untuk mengganjal perut yang membisu
Recehan... bagi Dia kehidupan...Makanan... adalah kesenangan...
Sikut sana... sikut-sikutan...
Untuk mendapatkan sesuap makan...
Dimanakah harus mencari ketenangan
Dipinggiran trotoar atau dipinggiran jalan
Benjolan di kepala mulai terlihat membesar
Akibat kepalan tangan yang membuatnya gusar
Kepalan tangan yang bersandar di kepala
Tetesan air mata menambah luka di dada
Sampai kapan hidup ini berakhir seperti nyata..
Bila cahaya memancarkan sinarnya ke pelusuk tempurung itu..
Bila tempurung tinggal memori,bila mata luas memandang..
Bila hati mnjadi suci..
raLaT iTu noRMal

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|10:31 AM|

Monday, July 11, 2005

[[Hari pertama kat Kampus Induk]]

Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com



hari ni..hari pertama memulakan kuliah kat kampus induk kat durian tunggal..klas start kul11am.klas prof marizan(dekan FKE)Rekabentuk sistem penghantaran(BEKP4783)
pastu petang kul2 subjek keusahawanan..oleh Pn Haslinda.


::Lalat X dibenarkan masuk::

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|8:41 AM|

[[Hajat nak mkn asam pedas kat bandar hilir]]

Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com



Malam minggu la katakan.Hajat nak kuar mak malam jauh2 skit maklum la darah muda..heheh...Dlm perjalanan pg mkn kat bandar hilir tu tetiba jer kna tahan ngan polis yg bt sekatan jalan.Tgk jer muda mudi dlm keta&no plat keta bkn mlk,,aper lg kna tahan la..just soal2 jawab jer sbb kita org kan budak baik.hehehe
biasa la mlm minggu bt pemeriksaaan...yg tak puas hati tu,polis dia kerek skit.skit jer la tak banyak..ni kira dah 2 kali aku kna tahan polis kat mlk ni spnjang 3.5 thn ni..soalannyer
1)siapakan pompuan dlm gambar diatas..
Lokasi=Balai Polis Bandar Hilir
Masa=9.45pm++
Mangsa yg terlibat=5 org termasuk pemandu

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|8:10 AM|

Saturday, July 09, 2005

[[Antara Myvi ngan Savvy]]

Image hosted by Photobucket.com



PERODUA MYVI PRICES(Peninsula Malaysia, private registration, insurance included)
1.0SR: RM41,200.00 (metallic finish only)
1.3SX: RM44,755.00 (+RM545 for metallic finish)
1.3EZ Auto: RM47,781.00 (+RM519 for metallic finish)
1.3SXi: RM47,781.00 (+RM519 for metallic finish)
1.3EZi Auto: RM50,781.00 (+RM519 for metallic finish


sorry la savvy tak berminat la..

[[Walking Alone On This Endless Road]]*|12:30 PM|


[[*Kalendar*]]

[[*padaidi padaelok*]]

Image hosted by 


Photobucket.com


just call me dhin
about me i tell u later...

[[*Renungan Bersama*]]">


Biar renggang difana dunia,Biar hina di mata manusia,biar semangat semakin tua,biar akal semakin berusia,Biar manusia mengejar dunia,jgn tergadai ukhuwwah fillah kita. jika HATI sejernih AIR,jgn dibiar ia keruh,Jika HATI seputih AWAN,jgn dibiar ia MENDUNG,Jika hati seindah BULAN,kekalkan dgn IMAN





[[*My Detests*]]

influance....like the hip hop style
all the hip hop stuff...
but sometimes...bandboy from indon...such as so7&peterpan

[[*Music's Playing*]]

Artist: VE
Song: Ayu

//visit Iwebmusic for music

[[*My Past Memories*]]

Keistimewaan bulan Kelahiran
Berikut disenaraikan kajian mengenai
bulan dan sikap, yang telah dijalankan
oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
JULAI * Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.


|March 2005|April 2005|July 2005|August 2005|November 2005

[[*The Conversations*]]




[[*My Friends*]]

|kiyaiz| rollen| napie| cieqah|
|boyez| why us| rose| yurimars|
|rony| mamat indra| sham| azam|
|Links| Links| Links| Links|



Image hosted by Photobucket.com

[[*PiLihaN rAdio*]]

|Era FM capsule|
|radio muzik.fm|
|radio ikim.fm|
|nurislam.fm|
|THR.FM|
|Radio 1.FM|
|radioummah.FM|
|rt.FM|
|red 104.9|
|light&easy|
|hitz.FM|




[[*Others*]]

|Blogskins|
|Blogger|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com